Tuesday, March 27, 2012

Entri menarik sebelum solat

Alhamdulillah sudah genap 15 bulan saya di bumi UK ini. Pelbagai perkara menarik, kurang menarik, pahit, manis, selama berada di sini dalam tempoh pengajian menyiapkan disertesi PhD saya. Saya sebenarnya kadang kadang atau lebih tepat lagi merasakan bahawa betapa kerdilnya saya untuk berdiri bersama mereka mereka yang hebat dalam proses pengajian PhD saya ini. Kadang kadang saya hilang arah dalam kajian saya sendiri ibarat kapal kehilangan arah punca angin yang mana boleh mendatangkan musibah kepada para pelayar. Kajian saya kini masih dalam proses merangkak rangkak. Kajian yang kini saya lakukan adalah untuk mereka bentuk atau membangunkan satu dietary guideline dari apa yang sedia ada. Nampak mudah bukan?

Mengapa saya ingin bangunkan benda yang sudah sedia ada? Ini kerana, dietary guideline yang sedia ada tidak menampakkan kesan secara signifikan pada tahap kesihatan keseluruhan populasi di Malaysia malah terdapat beberapa penyakit berkaitan diet meningkat dengan tingginya, iaitu, obesiti, diabetes, darah tinggi dan sebagainya. Tak caya tgk saya. Saya tahu makanan sihat, tp nape berat saya tetap meningkat?? peningss...

Oleh itu, peringkat pertama dalam kajian saya adalah menggunakan baseline data untuk membentuk model baru dan melihat sumbangan setiap nilai makanan kepada beberapa parameter terpilih; energy, added sugar, sodium, dietary fiber dan juga saturated fat. Model baru yang ingin dibangunkan adalah lebih memfokuskan kepada transisi makanan dari tahun tahun sebelumnya sehingga sekarang. Dan perkara utama yang ingin ditunjukkan adalah; perubahan corak pemakanan dari minimum makanan proses kepada ultra proses makanan. Apakah ultra proses makanan pula? Ringkasnya, adalah makanan yang diproses supaya boleh dimakan seperti nugget, sausage dan mcm mcm lagi.

Bilamana peringkat pertama selesai, saya akan menggunakan data sebenar (doakanlah bagi mudah untuk mendapatkannya, sekarang dlm proses untuk mendapatkannya) bagi mejayakan model didalam peringkat pertama dan di sini akan melibatkan semua contributing factors dalam pembentukan dietary guidelines yang baru. Sebenarnya banyak lagi akan diterangkan. Namun, saya harus menyahut seruan azan yang telah sebenarnya lama berkumandang.

Sekian, buat kali ini dari meja penulis.

2 comments:

miss sleepy said...

process of research walaupun bidang lain2..tapi kekadang basic dia sama je kan,..

mula2 study kerja orang lain..pastu bangunkan model guna data main2..(eh ada ke istilah ni..:p)

next stage, guna data sebenar...

pastu akan cari satu kesimpulan yang akan membawa contribution to knowledge :p

Haruna said...

comelnya org yg komen ni... sungguhpun org yg sama, namun identiti diri berbeza yang diberikan bagi setiap komen amatlah menggelikan pankreas hati pada sesiapa yang membacanya