Thursday, May 2, 2013

Tadaa II ...



Tadaa...

Ini dia schedule saya yg baru!!


hrp lepas ni saya x lost in my own world sangat. lps dmm ritu, bape hr dah lost track research sendiri.. huhu




Refresh minda and segalanya

Ok... hari  ni update pakai bahasa ibunda sebab PRU13 dah nk dekat. Saya amat terkilan sebab tidak mengundi untuk kali ini.

Ok berbalik pada tajuk asal, saya menggunakan masa berharga 10 minit saya utk update blog ni. Saya nk bgtau yg saya nk refresh (maaf terpaksa menggunapakai bahasa inggeris) semua jadual perjalanan phd saya di saat ini. Saya ingin lebih fokus pada matlamat saya. Allah juga dalam surah at-taghabun telah berkata kepada org islam supaya refresh balik iman mereka. kalo diikutkan surah at-taghabun adalah surah madaniyyah iaitu surah yg diturunkan di madinah. dan surah madaniyyah adalah surah yang diturunkan slps revelation, rasullullah berhijrah di madinah.

2/3 daripada al-quran adalah surah makiyyah dan 1/3 adalah madaniyyah. makiyyah adalah more kepada aqidah. manakala madaniyyah adalah lebih kepada perlembagaan Islam. tetapi mengapa di surah at-taghabun, surah madaniyyah Allah menekankan lagi akidah umat Islam?

dan ketika itu, di madinah, sesiapa yang ingin masuk islam lebih mudah, tiada seksaan atau apa apa penindasan jika dibandingkan ketika pemelukan Islam di mekah. jd ada yang take for granted atas pelbagai sebab. mcm setengah2 kita jgk sekarang, take for granted, sbb agama diwarisi. Jd ada dikalangan merekan, iman mereka tidak sekuat mana. Maka Allah turunkan ayat ini. Sebagai refresher. Haih apa ya refresher dlm bahasa melayu. Even kadang2 dlm kehidupan normal kita, kalo tak diberi peringatan yang baru kita lali dan leka. kdg2 bila kita dpt hadiah baru, kite duk la telek hadiah baru banding ngn hadiah2 yang dh lama kan. maka Allah lebih mengetahui sifat hambaNya, maka Allah datangkan surah at-taghabun sbg refresher utk org Islam! Wallahualam.

Eh berbalik pada topik asal. Sy akan berubah utk lebih fokus pada phd, kurangkan maksiat hati dan sebagainya. Inshallah. Doakan ea kawan kawan ^^

Sama sama la kita :)